Final exam


Akhirnya waktu yang dinanti-nantikan tiba juga.Untuk semester ni ana ambil ambil 2 subjek jer.So tak de la tension sangat macam kawan-kawan yang lain.Semester ni ana ambil subjek English dengan Religion in Malaysia.Untuk subjek English ana rasa tak de masaalah sangat,just kena banyakkan membaca.Religion plak agak complicated sikit.Kna banyakkan menghafal istilah-istilah.InsyaAllah ana akan cuba buat yang terbaik.Dalam masa yang sama,sebenarnya sedih jugak sebab ada kawan-kawan yang akan berhijrah ke main campus di Gombak.Semester depan nanti tak dapat la jumpa diorang.Ala kulli hal,ana akan tetap mendoakan kejayaan untuk semua baik dunia juga akhirat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikhtilat.......Boleh atau Tidak?


Dalam dunia yang semakin hayut oleh arus kemodenan kita sering kali terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam perkara ini,tepapi apakah hukum dan pandangan islam terhadap perkara ini?

Apakah itu ikhtilat?

-Ikhtilat bermaksud percampuran diantara lelaki dan juga perempuan sama ada secara bersendirian ataupun berkumpulan

Apakah Hukumnya?

Pada asasnya hukum ikhtilat adalah HARAM….

2 keadaan yg diharuskan menurut Syeikh Abd. Karim Zaidan(Mantan Pemimpin Utama Ikhwan Muslimin Iraq):

1.Harus kerana terpaksa(darurat)

Cotohnya: Seorg lelaki ajnabi(org yang blum berkahwin) mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian berjalan jauh daripada kelompok manusia., maka dia harus menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya.

-Pada waktu ini hukum menumpangkannya wajib tanpa khilaf.

2.Harus kerana adanya keperluan(hajat)

a)Ikhtilat kerana urusan jual beli
-dengan syarat memelihara adab pergaulan(tidak melampau-lampau)

b)Ikhtilat kerana urusan kehakiman

c)Ikhtilat dalam kenderaan awam
-contohnya terpaksa berhimpit-himpit di dalam tren

d)Ikhtilat untuk belajar ataupun mendengar nasihat
-contohnya membuat group discussion

Dan sebagainya………

Tetapi Awas ada ADABNYA

Diantaranya ialah:

-menghindari tempat yang syubhah
-ucapan yang sopan
-memelihara adab pergaulan
-menjaga aurat dan pakaian

Jadi sama-samalah kita menjaga adab pergaulan didalam ikhtilat expecially kepada sesiapa yang selalu berface book,yahoo messenger,sms dam lain-lain lagi.Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita jikalau ada terlibat diri di dalam perkara ini.Mohon kepada Allah semoga kita semua terhindar daripada perkara-perjara yang boleh menimbulkan fitnah.Wallahua’lam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 Golongan Manusia

Manusia sering kali alpa dan lalai dek tergoda dengan keindahan dunia.Manusia adapun diibaratkan seperti orang yan g belayar ditengah lautan yang luas untuk mencari sebuah pulau yang kekal abadi.Sudah berhari-hari belayar tanpa menemui sebarang petanda akan wujudnya daratan.Maka pada suatu hari,mereka telah menjumpai sebuah pulau, lalu berhenti dan singgah sebentar di pulau itu.Adapun orang yang turun singgah dipulau itu terbahagi kepada 3 golongan

Yang pertama:Mereka sedar dan tahu bahawa mereka masih lagi didalam perjalanan.Setelah berehat dan melepaskan lelah,lalu mereka pun kembali semula kedalam kapal.

Yang kedua:Mereka terleka dengan keindahan pulau tersebut.Pohon kelapa yang melambai-lambai serta keindahan panorama pulau tersebut membuatkan mereka terleka,tetapi mereka tersedar apabila terdengar semboyan kapal berbunyi, lalu mereka kembali semula ke kapal.

Yang ketiga:Golongan yang inilah yang paling malang sekali.Semboyan pertama telah dibunyikan,tetapi mereka tidak menghiraukan,tidak lama kemudian semboyan kedua pula dibunyikan,namun mereka masih tidak mempedulikannya.Akhirnya semboyan ketiga dibunyikan tanda kapal telah pun berlepas.Kapal telah pun jauh meninggalkan mereka,ketika itu barulah mereka sedar akan kesilapan mereka.Namun semuanya telah terlambat….




Begitulah realiti kehidupan masyarakat kita sekarang.Manusia sering alpa dengan kemewahan duniawi sehingga mebuatkan mereka lupa tanggungjawab mereka terhadap Sang Pencipta.Seharusnya kita bersyukur kerana kita terpilih untuk berada didalam golongan ummat Nabi Muhammad s.a.w. Umat nabi-nabi yang terdahulu menerima balasan jahat mereka didunia lagi,tetapi tidak kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.Lihat saja apa yang terjadi kapada Kaum Nabi Luth

Firman Allah S.W.T.”Dan (Kami telah mengutus) Luth,ketika dia berkata kepada kaumnya,”Mengapa kamu melakukan perbuatan keji,yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu(di dunia ini).Sungguh,kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan.Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.”Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikutnya,kecuali isterinya.Dia(isterinya) termasuk orang-orang yang tertinggal.Dan Kami hujani mereka dengan hujan(batu).Maka perhatikanlah bagaimana orang yang berbuat dosa itu.(Surah Al-A’raf ayat 80-84)

Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk segara memohaon ampun kepadanya.Jadi marilah sama-sama kita bermuhasabah kembali diri kita terhadap apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita.Janganlah kita jadi seperti golongan yang ketiga yang terus hanyut dibawa arus duniawi.Akhir kalam majulah islam untuk semua.Takbir…….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat lagi hidup dalam nikmat iman dan juga islam.Dan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk ana melahirkan satu ruang untuk berkongsi pendapat,pandangan dan juga menimba pengalaman.Sememanganya sudah lama hasrat di hati untuk mempunyai 'laman'sendiri dan akhirnya tepat selepas maghrib 12hb januari 2010,lahirlah blog ini.Syukran kepada sahabat ana yang membantu didalam proses membuat blog ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedikit Perkongsian

Untuk pengetahuan semua,ana kini belajar di Centre of Foundation Studies International Islamic University Malaysia(UIA).


"Maaf gambar agak senget"

Ana sebenarnya berhasrat untuk menyambung pelajaran ke Timur Tengah di sebuah Universiti yang terkemuka iaitu Al-Azhar,Mesir namun hasrat kedua ibu bapa serta keluarga untuk melihat anak mereka belajar di dalam negara membuatkan ana terpaksa "melupakan" hasrat untuk kesana.



Melihat ramai sahabat yang sudah pun bersiap sedia untuk kesana membuatkan hati kadang-kadang merasa sedih.Tetapi ana percaya Allah telah menyusun yang terbaik untuk diri ana.Apa pun ana mendoakan yang terbaik untuk semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers