Sedar tak sedar da hampir 3 bulan berlalu tahun 2010 ni.Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 4 dah.Rasa-rasanya lama jugak tak bukak internet ni,maklumlah sibuk keje kat book fair.Agak penat jugaklah keje kat situ,tapi sume penat hilang bila dapat gaji dengan buku free,ok la….Sebenarnya seronok jugak keje kat book fair ni,dier punyer pengalaman 2 yang paling berharga.Dapat jumpa ramai orang,bermacam-macam jenis manusia yang ana dapat jumpa daripada yang masih bersekolah sampailah yang dah bekerja.Mat salleh pun ramai jugak,jarang2 dapat jumpa mat salleh yang cakap melayu ni.Sambutan rakyat Malaysia tahun ni daripada apa yang ana dapat tengok,agak kurang jugak la orang yang datang.Mungkin waktu tak sesuai kot.Da abis keje ni tak tau la pulak ape nak buat,buat mase ni ni minggu ni plan nak rehat kat rumah kejap,pas 2 bleh la amek lessen kereta plak(x ambik2 lagi semenjak abis spm).Hmm bulan 6 ni da kene masuk uia balik da…tapi,pastinya ada perubahan subjek bila balik U,sebab ana dah dapat tukar kos.Daripada H.S ke I.R.K,Alhamdulillah nasib baik lepas test hari 2,tak rugi la duit beli borang 50 ringgit hari tu.Emmm,tak pe la,lepas ni bleh la focus kat benda lain.Insyaallah bleh la selalu update blog ni selalu.Kepada semua rakan seperjuangan,teruslah antum istiqamah dalam tugas mentarbiah masyarakat diluar kerana dunia sekarang memanga memerlukan orang2 seperti antum semua.wassalam..he he
Apa peranan kita???

Emm… dapat jugak update blog ni.Maklumlah tengah cuti semester,so macam2 program la nak buat,pegi sana la,pegi situ la,tapi ape2 pun ana tetap bersyukur kerana masih lagi diberi umur yang panjang untuk terus berbakti kepada sang pencipta.Kali ni ana nak kongsi sedikit tentang peranan seorang pelajar muslim dan apa yang telah kita sumbangkan untuk islam itu sendiri
Kadangkala mungkin ada sebahagian daripada kita kagum “admire” dengan mereka2 yang pandai ataupun fasih dalam memberi tazkirah,ceramah,mengarang risalah2 agama dan sebagainya,kerana kita beranggapan bahawa mereka mempunyai kelebihan untuk menyampaikan dakwah itu dengan lebih luas dengan sendiri,sedangkan kita?Sekaligus terfikir kita di benak otak fikiran,alangkah bagusnya kalau aku juga mempunyai kelebihan seperti mereka.
Sebenarnya,Islam itu bukan sahaja tersebar melalui ceramah ataupun penulisan, tetapi ia juga tersebar melalui tingkah laku akhlak kita secara kita sedar ataupun tidak. Mungkin kita tak mampu untuk berceramah dan menulis, tapi kita mampu tonjolkan Islam dengan akhlak yang baik melalui pergaulan kita setiap hari.Akhlak yang mulia adalah menjadi matlamat asasi bagi risalah islam.Di dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w. ada menyatakan tentang akhlak.
انما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
”sesungguhnya aku ditutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
Kalau kita baca balik sirah2 nabi,bagaimana islam itu dapat tersebar dengan luas adalah salah satu faktornya ialah orang tertarik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w.Oleh yang demikian, tampilkanlah syakhsiah diri yang terbaik seperti mana yang telah ditetap dan disarankan oleh agama kita, tidak kira di mana kita berada dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, bermula daripada bangun tidur sehinggalah kita tidur. Kadang-kadang dakwah melalui tauladan ini lebih berkesan berbanding dengan bentuk2 dakwah yang lain.
Sebagai contohnya, Qiyamullail. Memang kita tahu bahawa Qiyamullail itu banyak fadhilatnya dan melakukannya adalah sangat dituntut terutama kepada sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai pejuang dijalan Islam, tapi kadang2 kita tak mampu lagi nak melawan nafsu kita untuk meninggalkan tilam yang empuk, untuk mengadap Allah s.w.t. Padahal kita tahu bahawa ia adalah salah satu sumber kekuatan luaran dan dalaman/iman kita kepada Allah s.w.t dan pada waktu ini juga, doa seseorang itu mudah dimaqbulkan. Dengan keberkatan daripada Qiyamullail ini, kadang2 room-mate kita yang selalu solat “subuh gajah” pun, jadi berubah... yang dulu solat subuh pukul 7, tapi sekarang dia yang kejut kita untuk berqiyamullail.
Begitu juga dengan solat di awal waktu... seelok-eloknya 5 minit sebelum azan, kita dah ready dengan wuduk dan bersiap2 untuk mengumandangkan azan dan menunaikan solat. Sahabat2 kita yang lain yang suka meremeh-temehkan solat di awal waktu ni..dengan sendirinya akan terikut, sehingga 10 minit sebelum tiba waktu solat, dia dah bagi isyarat red light kat kita... bukan tanda apa, tapi sebagai peringatan bahawa waktu solat dah nak tiba..supaya kita stopkan dulu kerja2 yang lain,untuk bagi laluan kepada solat fardhu...dia bimbang, kalau2 kita pula yang lupa!
Banyak lagi contoh2 yang lain, tapi satu lagi contoh yang boleh kita kongsi.. iaitu berkenaan dengan memberi salam. Kadang2 kita hanya bagi salam kepada sahabat2 yang rapat dan sama fikrah dengan kita sahaja dan kadang2 kalau orang bagi salam pun kita tak jawab.Dan kalau kita tegok balik hukum memberi salam itu sunat,tetapi menjawabnya adalah wajib. Kali ini, kita sama2 buat perubahan..kita cuba bagi salam pada sape2 sahaja yang kita jumpa (muslim), tak kiralah dia tu fikrah apa dan macam mana penampilannya. Mungkin mula2 kita segan,tapi bila kita cuba perlahan-lahan, insyaallah boleh,syaratnya dengan niat ikhlas iaitu untuk merapatkan ukhwah sesama umat Islam.
Sebagai kesimpulannya, Allah telah mengurniakan kepada setiap insan itu kelebihan dan kekurangan yang mana ianya berlainan di antara satu sama lain. Ianya bertujuan, untuk membuktikan kekuasaan, kebijaksanaan dan keadilan Allah s.w.t terhadap hamba2nya yang mana kekuasaan itu mengatasi segala kuasa yang ada pada makhluknya. Dengan adanya kelebihan dan kelemahan yang pelbagai inilah menjadikan kita seorang yang sentiasa merendah diri, bertolak ansur, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu/lengkap-melengkapi di antara satu sama lain kerana sesuatu kebahagiaan itu tidak akan tercapai jika kita tidak saling faham-memahami di antara satu sama lain.
Sama2lah kita cari di mana kelebihan/kekuatan diri kita dan ke arah mana kita telah sumbangkannya selama ini... dan sama2lah kita cari juga di mana kelemahan diri kita dan adakah kita cuba berusaha untuk memperbaikinya ke arah kebaikan ataupun di sebaliknya.
Kalau boleh, jika kita melihat di mana kelebihan dan kekurangan yang ada pada sahabat2 kita... sama2lah kita cuba untuk mempertingkatkan kelebihannya serta memperbaiki kekurangannya demi untuk kemantapan umat Islam itu sendiri...






