Kisah teladan 1

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tokoh Ikhwan

Bismillah dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang,pada tulisan kali ini suka untuk ana berkongsi dan membawa antum untuk mengenali tokoh ini dan menyalami wasiat yang telah ditinggalkan oleh seorang tokoh yang cukup dikenali dan tidak asing lagi dalam kalangan para dai’.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa tidak lain tidak bukan beliau yang dimaksudkan ana ialah Hasan Al-Banna,tetapi kali ini ana bukan mahu berkongsi tentang beliau,tetapi tentang seorang lagi tokoh yang tidak kurang hebatnya.Beliau adalah salah seorang mujahid Ikhwanul Muslimin yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan agama dan penciptanya”




MENYELAMI WASIAT SYED QUTB


Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar


Wasiat ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid. Jika di baca sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya. Tetapi sebaliknya jika dibaca berulang-ulang kali dan cuba menghayati apa maksud yang tersirat di sebalik keindahan bait bait sajak beliau itu maka kita akan dapat merasai kesayuan dan menangisi pemergian beliau - berkorban hatta nyawa demi Islam. Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.

Beliau telah mengorbankan sebahagian besar hidupnya dalam mendalami Al-Qur’an (lebih 10 jam sehari) dengan roh perjuangan dan ketegasan sikap serta pemikiran yang cukup bernas. Hingga kini hasil penulisan beliau yang dibukukan menjadi rujukan kepada setiap peringkat gerakan dan pencinta Islam.

Pesanan akhir beliau dirangkumkan dalam bentuk puisi/sajak dan amat menyentuh perasaaan jika memahami maksud yang tersirat. As-Syahid Syed Qutb mengisytiharkan bahawa tugas tugas beliau di muka bumi ini telah selesai dan telah sampai masanya dia kembali kepada Allah SWT yang sememangnya di nanti-nantikan. Hasil kreativiti dan penulisan beliau telah cukup menjadi saksi beliau di hadapan Allah SWT dan menjadi bekalan dan rujukan kepada pencinta-pencinta Islam yang akan meneruskan perjuangannya.

Pada rangkap pertama, As-Syahid amat pasti bahawa akan ada saudara-mara, sahabat handai dan para dai’ yang menangisi pemergiannya (kematiannya). Beliau yakin, tangisan itu akan menyalakan semangat atas dasar iman (nyalakan obor buat umat ini) untuk meneruskan perjuangannya hingga berjaya. Perjuangan untuk mendaulatkan Deen Allah di dalam kehidupan tidak akan berkahir, walaupun perjuangannya telah kembali kepada Allah SWT. Pasti ada pejuang lain yang akan tampil mengganti di kalangan Ikhwan yang diproses keimanannya. Beliau amat mengharapkan para pendakwah TERUSkan kewajiban berjihad menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar hingga berjaya dan sekaigus menumpang Jahiliyah yang bermaharajalela di muka bumi ini. Perjuangan itu ibarat mengenggam bara api sampai menjadi arang (diatas tulang-tulangku yang hancur luluh) dan ibarat lilin yang membakar demi Islam!

Rangkap kedua beliau menyatakan bahawa berakhirnya hayat beliau di tali gantung bukan bermakna beliau telah mati. Sebaliknya beliau masih hidup di sisi Allah SWT.

وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ


“Janganlah kamu menyangka orang yang gugur berjuang pada jalan Allah itu mati. Sesungguhnya mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Allah.” (Ali Imran: 169)

“Kematianku adalah satu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merindu”, merupakan ayat yang sangat indah bunyinya membawa maksud yang menyentuh perasaan. As-Syahid seolah olah memujuk para pendakwah agar tidak terus menangisi kehilangannya. Tidak ada apa yang perlu disedihkan kerana rohnya sedang mengembara (perjalanan) menuju kepada Allah SWT untuk bersama roh roh para anbiya dan para syuhada’ yang sedang menunggunya (kekasih yang sedang merindui).

Pintu-pintu syorga terbuka luas menerima rohnya (taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku). Perkataan BANGGA memberi maksud yang amat kuat bahawa segala apa yang disediakan di syorga ternanti-nanti menerima kedatangan dan kehadiran pendakwah sepertinya. Burung-burung merupakan simbolik pada para bidadari atau mala’ikat. Mala’ikat dan para bidadari riang menyambut kedatangannya dan melayaninya sebagai di antara tetamu yang teristimewa di syorga. Ternyatalah bahawa di saat akhir hayatnya, As-Syahid telah terbau harum syorga atau terbayang keadaan syorga menantinya. Dengan keyakinan itu, beliau berani menyatakan bahawa hidupnya bahagia di alam abadi (Bahagialah hidupku di alam abadi).

Dalam rangkap ketiga, beliau menanamkan keyakinan dan semangat terus berjuang bahawa alam ini akan disinari fajar lagi. Tidak mustahil daulah Islam akan tertegak lagi di muka bumi ini. Menurut keyakinannya, “puaka kegelapan pasti akan hancur” bermaksud jahiliyah yang diwakili oleh ‘kuasa besar’ Amerika dan Russia pasti akan tumbang. Karangan beliau ‘Masa Depan di tangan Islam’ (‘Al Mustaqbal Lihaza Al-Din) memperkatakan tentang keyakinan itu. Kenyataan beliau telah dibenarkan oleh realiti kini bahawa kerajaan Komunis Russia telahpun tumbang.

Beliau mengulangi lagi tentang keadaan rohnya. Jiwanya pasrah dan rela dibunuh untuk mempertahankan kalimah “Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah” agar sentiasa bergema di muka bumi ini. “Biarlah rohku pergi mendapatkan rindunya” merupakan satu penekanan bahawa pengorbanan untuk menegakkan daulah Islam tidak ada ruginya. Walaupun di dunia terasa seperti kerugian, tetapi hakikatnya roh beruntung kerana dapat berkumpul bersama-sama roh yang merinduinya. Roh yang sentiasa di dalam pemeliharaan Allah dan disanjung oleh Allah SWT.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

What if.....

What if Allah couldn't take the time to bless us today because we couldn't take the
time to thank Him yesterday ?

What if Allah decided to stop leading us tomorrow because we didn't follow Him today ?

What if we never saw another flower bloom because we grumbled when Allah sent the Rain ?


What if Allah didn't walk with us today because we failed to recognize it as His day?

What if Allah took away the Quran tomorrow because we would not read it today ?

What if Allah took away His message because we failed to listen to the messenger?

What if the door of the Mosque was closed because we didn't open the door of our heart ?

What if Allah stopped loving and caring for us because we failed to love and care for
others ?

What if Allah would not hear us today because we would not listen to Him ?

What if Allah answered our prayers the way we answer His calls ?

What if Allah met our needs the way we give Him our lives ?

What if We failed to send this message on?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers