Subuh 2

sambungan

RUGINYA ORANG YANG TIDAK SOLAT SUBUH.

Kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:

1) Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas) Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafa Alaih)

2) Sengaja tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat. Allah berfirman bermaksud: "Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya." (Al Ma'un 4-5)

3) Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: "Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.“ (Muttafa Alaih)

Allah SWT sendiri mengatakan bahawa mereka yang susah untuk solat Isyak dan Subuh adalah orang munafik. Jadi tak susahlah kita hendak kenali orang munafik. Dan kita sendiri dapat mengukur adakah kita ini orang munafik atau tidak.

Taal huna,haiyya nazhab ilal masjid…

wasslam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Subuh

NIKMATANYA SOLAT SUBUH BERJEMAAH

“susahnya nak bangun subuh,tiap2 hari asyik masbuk jer.Kalo cam ni cam ner nak solat jemaah subuh” rungutan sebahagian besar daripada umat Islam sendiri.


Sesungguhnya pahala menunaikan solat Subuh dan Isyak dengan berjemaah sama dengan melakukan solat semalam suntuk yang dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.

Sebagaimana hadis riwayat Muslim dan Usman bin Affan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa melakukan solat Isyak dengan berjemaah, maka seolah melakukan solat separuh malam. Dan barangsiapa yang melakukan solat Subuh dengan berjemaah maka seolah melakukan solat semalam suntuk."

1) Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Berilah khabar gembira pada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna di hari akhirat." (HR Abu Daud dan Tarmizi)

2) Sesungguhnya melakukan solat jemaah Subuh dan Asar tepat pada waktunya termasuk sebab yang memasukkan seseorang ke syurga dan selamat dari seksa neraka. Rasulullah bersabda: "Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam (solat subuh dan Asar.") (HR:Muslim)

3) Malaikat berkumpul di waktu solat Asar dan Subuh. Merekalah yang membawa rahmat dan berkat.

4) Sesungguhnya satu langkah orang yang berjalan ke masjid adalah menghapuskan kesalahan dan yang lain mengangkat darjat. Maka langkah yang banyak ke masjid termasuk hal yang membawa kesalahan dihapus dan darjat diangkat, sebagaimana hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan Iman Muslim.

Betapa besarnya ganjaran Allah yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya di masjid.Apakah alasan yang hendak diberikan oleh mereka yang tidak hadir ke masjid di waktu Subuh?

Mereka diberi kemudahan motor dan kereta oleh Allah. Mereka diberi tilam yang empok oleh Allah. Masjid melaungkan azan pertama sejak jam 5.00 pagi lagi (sebahagian tempat ada yang melaungkan azan pertama) untuk mereka bersedia ke rumah Allah. Mereka belum ada urusan lain, yang kerap dijadikan alasan kerana tak mahu ke rumah Allah.

Jika kita dihadapkan di depan Allah kelak,dengan alasan bagaimanakah akan kita jawab? Bagi mereka yang tidak datang bersolat berjemaah Subuh di masjid, marilah kita berubah.Khususnya kepada diri yang menulis ini.

Wallahua’lam

bersambung...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu Yang Malang…

Salam…minggu yang sangat sukar buat diriku

Macam-macam dugaan yang datang dikala diriku dalam kesempitan

Laptopku buat hal,

kasut yang terkoyak,

meeting last minute, sedangkan asignment ku berlambak-lambak tak siap lagi..haiii apa nak jadi la
Tak pe aku sabar lagi..

Aku teruskan jer melalui minggu yang sukar itu

Teringat kata2 madam dalam kelas”kalau kita buat sesuatu benda dan kita rasa susah sangat,teruskan juga kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas itu”

HAHH……………..

Akhirnya minggu itu berakhir

Aku pun pulang ke rumah pada hujung miggu

Ini kepulangan ke yang ke2 semenjak semester baru bermula

MINGGU BARU

Pulang ke kampus seperti biasa

rasa lapang bila asignment dah siap

laptop da ok

kasut baru sudahpun dibeli

melangkah aku dengan gembira ke bilik

Selang beberapa ketika tik tok tik tok(jam berbunyi)

Pup…..

Arghhhhh…..tidakkkk

cermin mataku pula patah

Ya Allah kenapa ujianmu datang tidak henti

Kabur

Itulah penglihatanku ketika menaip luahan hatiku ini

Bagaimana kelasku esok?

Apa yang aku nak belajar esok

JIKALAU mata ini tidak mampu melihat

Almaklum sajalah,rabun jauh

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………aku berfikir sejenak…..
Hmmmm

nak tak nak terpaksalah aku skip kelas esok

nak pergi buat cermin mata baru

melayang lagi duit aku

TAPI!!!!

Bila pikir2 balik

mungkin ada benda yang salah telah aku lakukan sepanjang minggu lepas

sehinggakan ujian yang sedemikian rupa minimpaku

Ya Allah hambamu ini memohon kepadamu

ampunilah dosa hambamu ini

engkau ringankankanlah ujian yang menimpaku



SEDANG FIKIR APA LAGI CABARAN YANG BAKAL BERLAKU ESOK

Apa2 pun aku mengharapkan yang terbaik
Innallaha maa’na
Insyaallah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers