اهلا وسهلا يا رمضان

تهيكم بتهية السلامية السلام عليكم ورحمة الله وبركاته وبعده


Tidak sampai seminggu lagi umat islam akan menyambut bulan Ramadan yang mulia.Seperti mana yang kita sedia maklum dibulan ini amatlah digalakkan agar kita memperbanyakkan amal soleh seperti bertadarus al-quran,bersedekah dan lain-lain.

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Bagi mereka yang sudah bersedia untuk menghadapi bulan yang penuh barokah ini pasti tidak menghadapi sebarang masaalah.Cuma rata-rata umat islam sendiri sekarang,mengalami “culture shock” apabila tibanya Ramadhan.Ramailah insan-insan yang terlepas untuk bersahur sedangkan didalam sebuah hadis

Al-Hikam didalam al-Mustadrak meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

واستعينوا بطعام السحر على صيام النهار
“Dapatkan bantuan dengan makanan sahur untuk menguatkan puasa pada siang hari”


Di dalam sebuah hadis yang lain

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."


Banyak fadhilat yang dapat diambil sepanjang berlangsungnya Ramadhan.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Amat sesuailah bagi mereka yang ingin menjadikan bulan ini sebagai bulan taghyir(perubahan).Contoh yang paling mudah tadghin(merokok).Kenapa tidak dijadikan terus bulan yang mulia ini sebagai satu medan untuk terus berhenti daripada merokok.

انما الأعمال بالنيات
“sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat”


Ya sebuah hadis yang cukup sesuai sekali.Jika kita berniat bahawa kita hendak berubah,Insyaallah Allah akan memakbulkannya.

“sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri” ar ra’du ayat 11


Memang begantung kepada keazaman diri yang kuat,tetapi ingatlah bahawa dibulan Ramadhan musuh umat islam yang utama iaitu syaitan telah pun digari selama sebulan menjelangnya Ramadhan.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Ambillah peluang keemasan ini untuk mendidik nafsu kita supaya terdidik dan terpelihara sementara syaitan durjana masih lagi tergari.Janganlah terleka untuk menghabiskan bulan Ramadhan ini dengan cepat supaya boleh menyambut hari raya,tetapi nikmatilah bulan ini dengan rasa penuh kesyukuran dan izzah terhadap islam.


Ana tidak bercadang untuk memanjangkan lagi kalam,Insyaallah dibulan yang mulia ana mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat seperjuangan ana yang akan fly kemesir 18hb/8 ini,tidak lupa kepada keluarga,sahabat-sahabat di uia, dan juga kepada semua umat islam.

Renung-renungkan dan bermuhasabahlah…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers